skip to main |
skip to sidebar
. . . . . . . MODEL EKONOMI BARU: PROSPEK DI TIMUR TENGAH
- 17 Januari 2010, Ahad, Wangsa Maju
- MODEL EKONOMI BARU yang akan dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri adalah satu kerangka ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020 seperti mana yang termaktub dalam WAWASAN 2020.
- YAB Perdana Menteri telah mengambil langkah pro-aktif dengan membuka hubungan perdagangan antarabangsa yang pragmatik antara Malaysia dengan negara-negara Teluk dalam lawatannya ke Timur Tengah yang sedang berlangsung. Lawatan ini adalah salah satu inisiatif dalam menyediakan landasan MODEL EKONOMI BARU.
- MODEL EKONOMI BARU bukan sekadar satu penyataan misi dan visi, tetapi ia adalah satu rancangan komprehensif ke arah pertumbuhan tinggi. Meskipun ia belum dilancarkan tetapi YAB Perdana Menteri telah mengambil langkah awal dengan membuka jalan dengan mempromosikan Malaysia secara agresif. Ini sekaligus menegaskan bahawa POLA PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA perlu dijana bukan sahaja dalam negara tetapi juga menerusi keuntungan yang digarap di luar negara.
- Pada masa ini kebanyakan syarikat Malaysia hanya tertumpu kepada sektor pembinaan di Arab Saudi. Tidak dinafikan bahawa sektor ini amat menguntungkan, tetapi ia hanya dikecapi oleh syarikat-syarikat besar. Namun peluang di Qatar juga perlu diperhatikan. Usahawan-usahawan Malaysia juga perlu penerjahan ke sektor produk halal, kerana di situlah wujudnya BLUE OCEAN yang sebenar, iaitu potensi pasaran yang amat besar yang belum diterokai sepenuhnya.Di sinilah wujudnya hubungan simbiotik antara pasaran luar negara dengan pertumbuhan PKS dalam negara.
- Dalam sektor pembinaan, kita hanya menghantar pengurus projek, jurutera dan tenaga mahir ke sana untuk menguruskan projek. Kita tidak membawa bahan-bahan mentah dari Malaysia, tetapi dalam sektor produk halal, kita berpeluang untuk membawa produk kita ke sana dan permintaan yang besar akan mencambahkan produktiviti kilang-kilang PKS domestik dan sekaligus merancakkan sektor perkhidmatan melalui sub-kluster dalam bidang perkapalan, forwarding, insurans, perbankan, pembungkusan dan pengiklanan.
- Kita juga perlu menerjah ke dalam bidang pertanian di Timur Tengah kerana kesedaran terhadap sektor ini semakin meningkat menyedari bahawa pergantungan terhadap sektor tenaga iaitu minyak dan gas bukanlah bersifat mampan (berpanjangan). Mereka ini sedang mencari teknologi bagaimana menghijaukan padang pasir kerana sumber air bukanlah lagi satu masalah besar. Ini adalah langkah ke arah mewujudkan sektor pertanian yang berdaya maju di sana. Kita mempunyai kepakaran yang terbukti dalam bidang ini dan sewajarnya kita menggapai peluang ini sebelum dicekup oleh syarikat-syarikat barat. Peluang-peluang perniagaan yang diperolehi di luar negara akan memberikan impak rantaian ke arah pertumbuhan ekonomi dalam negara dan seterusnya mewujudkan pola pertumbahan yang baru.
- Hakikatnya YAB Perdana Menteri bukan hanya memerah idea tetapi juga memerah keringat dengan mempromosikan Malaysia dengan cara yang amat agresif. Beliau lakukan ini semua kerana beliau ingin MODEL EKONOMI BARU yang bakal dilancarkan tidak terbelenggu dengan retorik semata-mata tetapi telah terbongkang luas laluannya, persoalannya apakah GLC dan usahawan kita sanggup mengambil risiko dan berfikir lebih kreatif dan bertindak lebih inovatif dalam menjadi agen pembangunan ekonomi baru Malaysia.