skip to main |
skip to sidebar
KALIMAH ALLAH: UMNO JUARAI ... PAS KHIANATI
- Jelas dan terang peristiwa getir penghakiman yang membenarkan kalimah suci Allah digunakan oleh bukan Islam benar-benar menusuk jiwa dan perasaan saya dan majoriti umat Islam di Malaysia.
- Saya menghargai dan mengucapkan syabas kepada pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO serta semua orang Islam umum tua dan muda yang bangun menentang perkara tersebut dengan penuh yakin melalui ‘perkumpulan kecil’ dan menghantar memorandum. Mereka inilah yang menjadikan UMNO kembali dihargai oleh rakyat pada hari ini.
- Petang semalam saya tersentuh hati apabila beberapa orang yang saya baru sahaja temui memberikan sokongan positif kepada UMNO yang menolak kalimah suci Allah digunakan oleh orang bukan Islam. Pada mereka PAS dan PKR memang tidak boleh diharapkan lagi.
- Saya dapat rasakan masyarakat Islam agak kecewa apabila pakar-pakar Islam dari institusi-institusi pengajian tinggi dan institusi berteraskan Islam tetapi hampir semuanya/kebanyakannya berdiam diri dan lari dari memberi pandangan atau membahaskan perkara ini.
- Apa sudah jadi dengan mereka? Adakah mereka setuju dengan penghakiman itu ataupun tidak bersetuju ... tetapi nampaknya seolah-olah hilang upaya untuk berani kehadapan dengan realiti perjuangan?
- Bagaimana pula dengan peguam-peguam Islam yang hebat bercakap tentang Islam tetapi kebanyakannya membisu kaku dan ada yang menyindir UMNO dalam menangani isu ini. Siapa mereka itu? Mengapa mereka jadi begitu? Ternyata lagak mereka lesu. Peguam kerajaan yang diketuai oleh Tan Sri Gani Patail nampak tenang menguasai keadaan.
- Parti PAS dan PKR telah menjelaskan pendirian mereka terhadap isu besar yang menyerang umat Islam Malaysia. Pada hemat saya pendirian mereka tidak tepat dan merupakan suatu pengkhianatan kepada umat Islam dan terhadap perjuangan Islam di Malaysia.
- Sebagai pengamal politik, saya juga terfikir adakah pendirian mereka itu baru sahaja diambil dalam sehari dua ini atau memang telah dipadu sejak sebelum PRU Ke-12 yang lalu?
- UMNO dan kerajaan (sebagai ulil amri) sedang menjalankan tugas mempertahankan dan memastikan Islam terus terjunjung tinggi kesuciannya serta memastikan Malaysia sentiasa mendapat petunjuk, rahmat dan baraqah dari Allah SWT.
- Setiap umat Islam di Malaysia yang waras dan bernafas dengan kalimah Allah semestinya berpendirian tegas bahawa kalilah Allah hanyalah hak orang Islam. Kalau kita bersatu dalam isu ini InsyaAllah, kita dapat pertahanannya secara berjemaah sekaligus menghalang penyusupan unsur-unsur negatif yang mahu melemahkan umat negara kita.Kita tidak mahu umat Islam berkecamuk dan menjadi semakin lemah. Kita mesti menjadi semakin kuat untuk menghadapi serangan ini.
- Sehubungan itu juga setiap umat Islam di Malaysia mesti juga berdoa semoga rayuan di mahkamah nanti akan membuahkan kemenangan.
- Teruskan perjuangan – Ya Allah! berikanlah kami petuntuk, rahmat dan keberkatan serta kemenangan dunia dan akhirat dalam perjuangan ini. Amin.