skip to main |
skip to sidebar
MEMANDANG KE INDIA
- 19 Januari 2010 , New Delhi India
- Saya kini berada di New Delhi, India. Saya berada di sini atas urusan rasmi. Esok YAB Perdana Menteri akan tiba untuk melakukan lawatan rasmi di sini. India adalah rakan yang amat strategik bagi Malaysia. Banyak kerjasama yang telah diterokai dan boleh ditambah terokai antara Malaysia dan India. Ini adalah sedikit informasi tentang India.
- India ialah negara DEMOKRASI terbesar di dunia lantaran ia adalah negara yang paling ramai pengundi dalam pilihanraya. Meskipun negara China mempunyai populasi lebih besar namun ia tidak mengamalkan demokrasi lantaran ia tidak mengadakan pilihan raya umum.
- Malaysia dan India mempunyai banyak persamaan. Bukan sahaja di negara kita mempunyai populasi yang besar keturunan India namun susur galur sejarahnya juga hampir serupa. Malaysia dan India pernah dijajah oleh British.
- India seperti juga Malaysia mengamalkan sistem parlimen ala Westminster dengan berpaksikan dua dewan. India mempunyai tiga cabang pemerintahan iaitu Eksekutif, Kehakiman dan Perundangan . Ia tidak mempunyai raja sepertimana cabang keempat dalam sistem kerajaan Malaysia.
- Sejak mencapai kemerdekaan, India telah mengalami keganasan dan pemberontakan sektarian di merata negara, namun masih mampu mengekalkan perpaduan dan demokrasinya.
- India ialah sebuah negara ahli pengasas Pergerakan Negara-Negara Berkecuali. Pada tahun 1974, India dinobatkan sebagai sebuah negara nuklear ekoran kejayaannya menjalankan ujian nuklear bawah tanahnya.
- Sejak merdeka tahun 1947 sampai tahun 1990, pertumbuhan ekonomi India amat lembab. Ini ekoran mengamalkan sistem ekonomi tertutup dan campur tangan kerajaan yang keterlaluan. Krisis kewangan pada tahun 1991 telah memaksa India melakukan transformasi ekonomi.
- Mulai tahun 1991, pembaharuan ekonomi telah mengubah wajah India sebagai salah sebuah ekonomi yang paling pesat berkembang di dunia, menambahkan pengaruhnya di peringkat serantau dan antarabangsa.
- Sejak itu ekonomi India tumbuh pesat sehingga mencatat pertumbuhan tercepat kedua setelah China. Dijangkakan dalam era mendatang India bersama China akan menjelma menjadi kuasa ekonomi setara dengan Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.
- India mengamalkan sistem ekonomi yang terbuka dan pro-pasaran. Ini membawa kepada peningkatan perdagangan luar negera, aliran modal asing yang aktif serta aktiviti ekonomi yang pro-bisnes.
- Kebangkitan ekonomi India bagai magnet yang menarik banyak pihak untuk mempelajari lebih dalam mengenai India. Kalau China hebat kerana hardwarenya maka India terkenal kerena softwarenya.
- Hakikatnya India mempunyai kekuatan luar biasa dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan industri filem. Kemajuan ICT India amat luar biasa hinggakan kota Bangalore telah menjadi pusat IT dunia. Hampir semua industri IT gergasi membuka operasinya di Bangalore seperti Microsoft, IBM, Infosys dan Wipro.
- Apa yang jelas, kejayaan India harus menjadi iktibar kepada kita. India berjaya kerana membentuk satu model ekonomi yang kondusif dengan kekuatannya dalamannya. Impaknya ialah India kini adalah pemain global dalam bidang software IT. Kita mampu menjadi pemain global, InsyaAllah dengan berpaksi kepada MODEL EKONOMI BARU yang akan dilancarkan kelak, kita akan menjadi kuasa ekonomi suatu hari nanti.