PROGRAM BULAN AGENSI KERAJAAN JUARA RAKYAT

  • WANGSA MAJU 25 MAC 2010.
  • UMNO Bahagian Wangsa Maju akan menganjurkan PROGRAM BULAN AGENSI KERAJAAN JUARA RAKYAT. Program ini adalah siri ketiga dalam PROGRAM JUARA RAKYAT anjuran UMNO Bahagian Wangsa Maju.
  • Sehubungan itu saya menjemput seluruh warga wangsa untuk datanglah beramai-ramai untuk menjayakan program. Program ini merangkumi acara-acara berikut:
  • 27 Mac 2010 (Sabtu)
  • 8.00 pagi - 6.oo ptg - SUKAN RAKYAT / PERADUAN MEWARNA DIGITAL
  • 12.00 tgh. - 6.oo ptg - PAMERAN AGENSI KERAJAAN
  • 9.00 mlm. - Ceramah Agama oleh YBhg. Dato Noh Gadut, Penasihat Agama Negeri Johor
  • 28 Mac 2010 (Ahad)
  • 8.00 pg - Pameran bermula / cabutan bertuah / Pertandingan Gubahan & Pertandingan Memasak.
  • 10.00 pg - Perasmian oleh YB Dato Sri Ismail Sabri, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
  • Pelbagai agensi kerajaan akan membuka booth perkhidmatan antaranya pemeriksaan kesihatan oleh Jabatan Kesihatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPRM), Tabung Haji, PTPTN, ADK, Rakan Cop, RELA, TEKUN, MAIS/BALTULMAL WP/JAWI, JKM, Jabatan Bomba, MOSTI, Kementerian Sumber Manusia dan banyak lagi.

ZAHRAIN DEDAHKAN ANWAR YANG SEBENAR

  • WANGSA MAJU 19 MAC 2010 (JUMAAT)
  • Pendedahan Zahrain Mohamed Hashim Ahli Parlimen Bayan Baru tentang 'grand design' Anwar Ibrahim untuk menawan Putrajaya sebenarnya mendedahkan lebih dalam dari itu. Apa yang saya maksudkan ialah ia mendedahkan personaliti Anwar yang sebenar. Anwar Ibrahim adalah satu insan yang mempunyai dual personaliti.
  • Di satu sudut ia dianggap sebagai pemimpin tersohor pakatan pembangkang yang merupakan 'prime minister in waiting' di tunggu-tunggukan oleh penyokongnya manakala di satu sudut ia dipotraykan sebagai seorang individu yang pandai bersandiwara. Sandiwaranya telah membuatkan banyak orang terbuai dan kagum dengannya.
  • Hakikatnya sandiwara Anwar tidak bertahan lama. Satu persatu orang-orang yang rapat dengannya telah mendedahkan Anwar yang sebenarnya. Mereka telah bosan dengan sandiwara Anwar yang kian lama dan kian semakin bercelaru. Kini satu Malaysia sudah dengar siapa Anwar yang sebenar. Saya percaya apa yang didedahkan oleh YB Zahrain di Parlimen baru-baru ini hanya merupakan mukadimmahnya. Banyak lagi yang akan didedahkan selepas ini dan gelombang ini akan berterusan dan pendedahan demi pendedahan dari kalangan bekas pemimpin-pemimpin PKR akan dapat disaksikan.Tunggulah!

. . . . . . . . . . DIARI MASYARAKAT: PROGRAM JUARA RAKYAT BULAN KEBAJIKAN

  • WANGSA MAJU 7 MAC 2010
  • Pada 7 Mac 2010 (Ahad) majlis di atas telah di adakan. Program kali ini menumpu kepada membantu golongan yang kurang bernasib baik.
  • YB Dato Shaziman Abu Mansor, Menteri Kerja Raya telah dijemput untuk menyerikan majlis tersebut. Beliau telah berbesar hati menyampaikan ucapan dan sekaligus menyampai sumbangan kepada NGO dan individu yang berkenaan.
  • Program ini bermula dengan Konvoi motosikal di Kg. Seg. Merali, Jalan Gombak pada pukul 9.00 pagi yang dirasmikan oleh saya sendiri. Konvoi ini kemudiannya bertolak ke Dewan UMNO Cawangan Kg. Wira Jaya, Dewan UMNO Cawangan Blok CD dan konvoi berakhir di Asrama Anak-Anak Yatim Nur Iman AQ, Jalan Bakubang, Taman Setapak. Di sini jugalah majlis penutup di adakan dengan diserikan dengan kehadiran Dato Shaziman pada waktu petangnya.
  • Sepanjang program saya lihat sambutan yang meriah diberikan oleh penduduk setempat. Anak-anak muda pula ghairah menyertai konvoi. Matlamat utama program iaitu membela mereka yang kurang bernasib baik menerusi pelbagai penglibatan NGO jelas terselah. Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bekerja keras dalam menjayakan program sehari suntuk ini.

DIARI MASYARAKAT: SAMBUTAN MAULIDUR RASUL MASJID SALAHUDDIN AL-AYYUBI, TAMAN MELATI

  • WANGSA MAJU, 6 MAC 2010 (SABTU)
  • Malam tadi saya menghadiri MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI MASJID SALAHUDDIN AL-AYYUBI, TAMAN MELATI anjuran masjid itu sendiri. Majlis tersebut diserikan dengan forum hal ehwal Islam dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari khairiah masjid.
  • Saya mengucapkan terima kasih kepada Dato Abd. Rahim Hamid, Pengerusi Masjid dan seluruh AJKnya kerana menjemput saya. Saya difahamkan pada sebelah paginya telah diadakan perarakan, pertandingan gubahan bunga telor dan persembahan nasyid. Saya dapat gambarkan betapa meriahnya acara di sebelah pagi. Acara-acara ini semamangnya sesuai khususnya untuk menarik penglibatan masyarakat dalam mengimarahkan masjid. Syabas kepada Jawatankuasa Masjid!

DIARI MASYARAKAT: KEJOHANAN TERTUTUP BOLING PIALA KETUA UMNO BAHAGIAN WANGSA MAJU 2010

  • WANGSA MAJU, 6 MAC 2010 (SABTU)
  • Pagi tadi saya merasmikan KEJOHANAN TERTUTUP BOLING PIALA KETUA UMNO BAHAGIAN WANGSA MAJU 2010 ANJURAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BHG. WANGSA MAJU SEMPENA SAMBUTAN HARI WILAYAH PERSEKUTUAN. Kejohanan di adakan di Wangsa Bowl, Wangsa Walk Mall.
  • Saya lihat kejohanan tersebut amat meriah lebih-lebih lagi apabila melihat kalangan pro diselang selikan dengan kalangan amatur apabila melontar bola boling. Banyak kali juga bola asyik masuk longkang, namun yang penting adalah semangat silatulrahim yang dapat diperkukuhkan melalui kejohanan ini.
  • Saya ucapkan terima kasih kepada Pemuda UMNO Bhg. Wangsa Maju kerana menjemput saya khususnya Sdra. Azhar Mustapha yang merupakan Pengerusi kejohanan yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian. Syabas Pemuda!

DIARI MASYARAKAT:SUKAN TAHUNAN SK WANGSA JAYA 2010

  • WANGSA MAJU, 6 MAC 2010 (SABTU)
  • Pagi tadi saya nerasmikan SUKAN TAHUNAN SK WANGSA MAJU 2010. Saya ucapkan terima kasih kepada Sdra. Musa bin Othman, YDP PIBG kerana menjemput saya untuk merasmikan sukan tersebut.
  • Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada PIBG, Guru Besar, guru-guru dan pastinya pelajar-pelajar SK Wangsa Jaya yang telah menjayakan kejohanan sukan tersebut dengan penuh meriah dan saya pasti banyak bakat-bakat sukan yang dapat dilahirkan.