MEMANDANG KE INDIA

  • 19 Januari 2010 , New Delhi India
  • Saya kini berada di New Delhi, India. Saya berada di sini atas urusan rasmi. Esok YAB Perdana Menteri akan tiba untuk melakukan lawatan rasmi di sini. India adalah rakan yang amat strategik bagi Malaysia. Banyak kerjasama yang telah diterokai dan boleh ditambah terokai antara Malaysia dan India. Ini adalah sedikit informasi tentang India.
  • India ialah negara DEMOKRASI terbesar di dunia lantaran ia adalah negara yang paling ramai pengundi dalam pilihanraya. Meskipun negara China mempunyai populasi lebih besar namun ia tidak mengamalkan demokrasi lantaran ia tidak mengadakan pilihan raya umum.
  • Malaysia dan India mempunyai banyak persamaan. Bukan sahaja di negara kita mempunyai populasi yang besar keturunan India namun susur galur sejarahnya juga hampir serupa. Malaysia dan India pernah dijajah oleh British.
  • India seperti juga Malaysia mengamalkan sistem parlimen ala Westminster dengan berpaksikan dua dewan. India mempunyai tiga cabang pemerintahan iaitu Eksekutif, Kehakiman dan Perundangan . Ia tidak mempunyai raja sepertimana cabang keempat dalam sistem kerajaan Malaysia.
  • Sejak mencapai kemerdekaan, India telah mengalami keganasan dan pemberontakan sektarian di merata negara, namun masih mampu mengekalkan perpaduan dan demokrasinya.
  • India ialah sebuah negara ahli pengasas Pergerakan Negara-Negara Berkecuali. Pada tahun 1974, India dinobatkan sebagai sebuah negara nuklear ekoran kejayaannya menjalankan ujian nuklear bawah tanahnya.
  • Sejak merdeka tahun 1947 sampai tahun 1990, pertumbuhan ekonomi India amat lembab. Ini ekoran mengamalkan sistem ekonomi tertutup dan campur tangan kerajaan yang keterlaluan. Krisis kewangan pada tahun 1991 telah memaksa India melakukan transformasi ekonomi.
  • Mulai tahun 1991, pembaharuan ekonomi telah mengubah wajah India sebagai salah sebuah ekonomi yang paling pesat berkembang di dunia, menambahkan pengaruhnya di peringkat serantau dan antarabangsa.
  • Sejak itu ekonomi India tumbuh pesat sehingga mencatat pertumbuhan tercepat kedua setelah China. Dijangkakan dalam era mendatang India bersama China akan menjelma menjadi kuasa ekonomi setara dengan Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.
  • India mengamalkan sistem ekonomi yang terbuka dan pro-pasaran. Ini membawa kepada peningkatan perdagangan luar negera, aliran modal asing yang aktif serta aktiviti ekonomi yang pro-bisnes.
  • Kebangkitan ekonomi India bagai magnet yang menarik banyak pihak untuk mempelajari lebih dalam mengenai India. Kalau China hebat kerana hardwarenya maka India terkenal kerena softwarenya.
  • Hakikatnya India mempunyai kekuatan luar biasa dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan industri filem. Kemajuan ICT India amat luar biasa hinggakan kota Bangalore telah menjadi pusat IT dunia. Hampir semua industri IT gergasi membuka operasinya di Bangalore seperti Microsoft, IBM, Infosys dan Wipro.
  • Apa yang jelas, kejayaan India harus menjadi iktibar kepada kita. India berjaya kerana membentuk satu model ekonomi yang kondusif dengan kekuatannya dalamannya. Impaknya ialah India kini adalah pemain global dalam bidang software IT. Kita mampu menjadi pemain global, InsyaAllah dengan berpaksi kepada MODEL EKONOMI BARU yang akan dilancarkan kelak, kita akan menjadi kuasa ekonomi suatu hari nanti.

. . . . . . . MODEL EKONOMI BARU: PROSPEK DI TIMUR TENGAH

  • 17 Januari 2010, Ahad, Wangsa Maju
  • MODEL EKONOMI BARU yang akan dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri adalah satu kerangka ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020 seperti mana yang termaktub dalam WAWASAN 2020.
  • YAB Perdana Menteri telah mengambil langkah pro-aktif dengan membuka hubungan perdagangan antarabangsa yang pragmatik antara Malaysia dengan negara-negara Teluk dalam lawatannya ke Timur Tengah yang sedang berlangsung. Lawatan ini adalah salah satu inisiatif dalam menyediakan landasan MODEL EKONOMI BARU.
  • MODEL EKONOMI BARU bukan sekadar satu penyataan misi dan visi, tetapi ia adalah satu rancangan komprehensif ke arah pertumbuhan tinggi. Meskipun ia belum dilancarkan tetapi YAB Perdana Menteri telah mengambil langkah awal dengan membuka jalan dengan mempromosikan Malaysia secara agresif. Ini sekaligus menegaskan bahawa POLA PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA perlu dijana bukan sahaja dalam negara tetapi juga menerusi keuntungan yang digarap di luar negara.
  • Pada masa ini kebanyakan syarikat Malaysia hanya tertumpu kepada sektor pembinaan di Arab Saudi. Tidak dinafikan bahawa sektor ini amat menguntungkan, tetapi ia hanya dikecapi oleh syarikat-syarikat besar. Namun peluang di Qatar juga perlu diperhatikan. Usahawan-usahawan Malaysia juga perlu penerjahan ke sektor produk halal, kerana di situlah wujudnya BLUE OCEAN yang sebenar, iaitu potensi pasaran yang amat besar yang belum diterokai sepenuhnya.Di sinilah wujudnya hubungan simbiotik antara pasaran luar negara dengan pertumbuhan PKS dalam negara.
  • Dalam sektor pembinaan, kita hanya menghantar pengurus projek, jurutera dan tenaga mahir ke sana untuk menguruskan projek. Kita tidak membawa bahan-bahan mentah dari Malaysia, tetapi dalam sektor produk halal, kita berpeluang untuk membawa produk kita ke sana dan permintaan yang besar akan mencambahkan produktiviti kilang-kilang PKS domestik dan sekaligus merancakkan sektor perkhidmatan melalui sub-kluster dalam bidang perkapalan, forwarding, insurans, perbankan, pembungkusan dan pengiklanan.
  • Kita juga perlu menerjah ke dalam bidang pertanian di Timur Tengah kerana kesedaran terhadap sektor ini semakin meningkat menyedari bahawa pergantungan terhadap sektor tenaga iaitu minyak dan gas bukanlah bersifat mampan (berpanjangan). Mereka ini sedang mencari teknologi bagaimana menghijaukan padang pasir kerana sumber air bukanlah lagi satu masalah besar. Ini adalah langkah ke arah mewujudkan sektor pertanian yang berdaya maju di sana. Kita mempunyai kepakaran yang terbukti dalam bidang ini dan sewajarnya kita menggapai peluang ini sebelum dicekup oleh syarikat-syarikat barat. Peluang-peluang perniagaan yang diperolehi di luar negara akan memberikan impak rantaian ke arah pertumbuhan ekonomi dalam negara dan seterusnya mewujudkan pola pertumbahan yang baru.
  • Hakikatnya YAB Perdana Menteri bukan hanya memerah idea tetapi juga memerah keringat dengan mempromosikan Malaysia dengan cara yang amat agresif. Beliau lakukan ini semua kerana beliau ingin MODEL EKONOMI BARU yang bakal dilancarkan tidak terbelenggu dengan retorik semata-mata tetapi telah terbongkang luas laluannya, persoalannya apakah GLC dan usahawan kita sanggup mengambil risiko dan berfikir lebih kreatif dan bertindak lebih inovatif dalam menjadi agen pembangunan ekonomi baru Malaysia.

~~~PENUBUHAN BADAN PERSEFAHAMAN ANTARA AGAMA : IKIM WAJAR DIBERIKAN PERANAN

  • 17 Januari 2010, Ahad, Wangsa Maju
  • Saranan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, TPM bahawa perlunya membentuk satu mekanisme agar persefahaman antara agama dapat diwujudkan amatlah saya sokong. Beliau berpendapat bahawa sudah tiba masanya kerajaan memikirkan secara lebih serius mengenai inisiatif-inisiatif yang boleh mewujudkan persefahaman antara agama di negara ini. Beliau juga akan mendapatkan pedoman dari Perdana Menteri berhubung perkara ini.
  • Tan Sri Muhyiddin mencadangkan diwujudkan satu petugas khas yang bertanggungjawab mengendalikan isu-isu mengenai kefahaman antara agama.
  • Saya berpendapat ini adalah suatu inisiatif yang bernas dan sudah kena pada masa dan ketikanya. Dalam hal ehwal Islam sendiri, kita mempunyai pelbagai agensi yang bertanggungjawab dalam pentadbiran hal ehwal Islam namun apabila timbul isu-isu yang melangkau batasan hal ehwal orang Islam tetapi masih melibatkan agama Islam maka akan wujudnya kelompongan dalam menangani isu ini.
  • Justeru itu perlu diwujudkan satu mekanisme di mana hal-hal sensitif yang melibatkan isu agama mempunyai forumnya yang tersendiri. Ini kerana isu-isu begini tidak mampu diselesai menerusi mahkamah semata-mata, tetapi memerlukan perbincangan yang mendalam dengan mengambil kira aspek budaya dan politik.
  • Saya berpendapat INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM) adalah salah satu pihak yang boleh diberikan peranan dalam menjayakan inisiatif ini. IKIM adalah sebuah badan Think Tank yang mempunyai prasarana yang lengkap yang mampu memainkan peranan sekiranya diberikan tanggungjawab. Apatah lagi ia dipengerusikan oleh YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas Perdana Menteri yang amat dihormati. IKIM adalah salah satu calon terbaik untuk menganggotai badan persefahaman antara agama ini.

KALIMAH ALLAH: JANGAN JADIKAN BAHAN GURAUAN DALAM INTERNET

  • 16 Januari 2010, Wangsa Maju
  • Akhbar melaporkan bahawa seorang pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) didakwa di Mahkamah atas tuduhan menghantar komen berbentuk ugutan dalam laman Facebook berhubung isu kalimah Allah.
  • Beliau didakwa menggunakan Internet dengan penghantaran komen yang bersifat mengancam dengan niat untuk mengganggu orang lain di laman Facebook.
  • Apa yang ingin saya tegaskan di sini ialah isu penggunaan Kalimah Allah ini bukanlah suatu isu yang boleh dibuat gurauan. Ia adalah isu yang serius yang tidak sewajarnya dijadikan mainan dalam internet.
  • Apabila saya melawat gereja yang dibakar di Wangsa Maju pada minggu lalu saya sedar insiden serangan ini memberikan pelbagai implikasi dalam pemikiran rakyat. Penggunaan komen dalam internet secara yang tidak bertangungjawab ibarat mencurah minyak ke dalam api. Ia boleh membawa kesan yang destruktif.
  • Justeru itu saya menyeru golongan muda kerana saya sedar wujudnya populasi generasi muda yang besar di Wangsa Maju yang sememangnya fasih dengan ICT agar tidak menjadikan internet sebagai medium gurauan dalam isu-isu yang sensitif.

INTIPATI UCAPAN DATO SRI NAJIB DALAM PROGRAM UMNO JUARA RAKYAT

  • YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri pada 9 Januari 2010 di Bukit Beruntung ketika melancarkan program UMNO Juara Rakyat dalam ucapannya menyatakan:
  • “Kita pilih Juara Rakyat sebagai tema kita kerana UMNO dan rakan dalam Barisan Nasional (BN) dengan segala perasaan rendah diri menerima keputusan pilihan raya umum lepas, yang mana rakyat telah memberi isyarat kepada UMNO dan BN.
  • “Kami dengar dan kami terima bahawa rakyat telah memberi teguran kepada UMNO dan BN, teguran itu kami akan hayati bukan saja kami dengar tapi kami insaf bahawa dalam sistem demokrasi berparlimen, rakyat ialah kuasa keramat dan mutlak.
  • “Kita mesti memperlihatkan parti kita melalui segala usaha tindakan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kita di semua peringkat bahawa kitalah merupakan juara kepada aspirasi dan kehendak rakyat di dalam negara kita.
  • “Justeru itu kita mesti menyusun langkah untuk memperlihatkan hakikat bahawa kita adalah parti yang sentiasa dapat merasai denyutan nadi rakyat melalui pelbagai usaha yang kita lakukan sepanjang masa.
  • Beliau berkata, UMNO sebagai parti tertua di negara ini juga perlu bekerja lebih keras memenangi hati rakyat agar tidak dilupakan dan hanya menjadi kenangan pada masa depan.
  • Berkongsi cerita pertemuannya dengan Perdana Menteri baru Jepun, Yukio Hatoyama, Dato Sri Najib berkata, UMNO dan BN wajar mengambil iktibar daripada kejatuhan parti tersohor Jepun, Parti Demokratik Liberal (LDP), kerana parti itu banyak persamaan dengan UMNO dari segi peranan mendapat kemerdekaan negara, perjuangan mengisi kemerdekaan serta tempoh pemerintahan.
  • “Saya tanya Perdana Menteri baru Jepun, Mr Hatoyama tolong bagi tahu saya bagaimana parti saudara telah mengalahkan parti LDP?, jawapannya ringkas sahaja LDP sudah tak lagi dekat di hati rakyat, tidak lagi dapat merasai denyutan nadi rakyat, tak faham apa kehendak dan aspirasi rakyat.
  • “Bila Hatoyama bagi tahu saya, ayat itu masih terngiang-ngiang di telinga saya sampailah hari ini,” katanya sambil menzahirkan harapan supaya semua parti komponen BN meletakkan komitmen yang tinggi untuk berkhidmat kepada masyarakat.
  • Dato Sri Najib kemudiannya turut berkongsi cerita tentang bekas wakil Presiden Indonesia Tan Sri Try Sutrisno mengenai kehidupan.
  • “Dia kata manusia ada pelbagai peringkat, bila pada umur 20 tahun dianggap pada zaman pandang-pandang hidup, pada 30-an dia dikategori pegangan hidup, bila umur 50-an dia masuk kategori perjuangan hidup dan bila berumur 70 tahun ke atas dia masuk kategori kenangan hidup.
  • “Parti UMNO usianya sudah 63 tahun, jangan kita dalam kenangan hidup...kita mesti dalam jiwa muda, semangat kuat, pandang-pandang hidup, pegangan hidup... inilah tema kita UMNO, Barisan Nasional Juara Rakyat...jangan nampak tak bermaya, bila kita suruh kerja letih, malas, berat...kalau macam itu dah masuk kategori kenangan hidup.
  • Dato Sri Najib berkata, "pemimpin-pemimpin masyarakat sepatutnya memfokuskan usaha mereka dalam membantu rakyat dan tidak hanya bermain politik untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi.
  • “Jangan berangan-angan sangat, jangan fikir nak jadi wakil rakyat...itu soal kedua, kalau kita buat kerja rakyat suka kita dan pasti (rakyat) boleh menilai kita.
  • Dato Sri Najib berkata, program Juara Rakyat akan dilaksanakan di setiap bahagian UMNO di seluruh negara pada setiap bulan mengikut tema tersendiri.
  • "Ini adalah satu cara memastikan parti lebih dekat dengan rakyat dan sentiasa peka terhadap sebarang permasalahan rakyat di peringkat akar umbi," katanya.
(di edit dari sumber BERNAMA)

PROGRAM UMNO JUARA RAKYAT DI LANCARKAN

9 Januari 2010, Sabtu
  • Pagi tadi Program UMNO JUARA RAKYAT telah selamat dirasmikan oleh YAB Presiden UMNO, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang juga Perdana Menteri Malaysia dihadapan puluhan ribu pemimpin, ahli-ahli UMNO dan rakyat di Hulu Selangor, Selangor.
  • Turut serta dalam majlis adalah para pemimpin dan penyokong parti–parti komponen Barisan Nasional. Ini menunjukkan persefahaman yang sedia terjalin dalam BN adalah kukuh dan akan terus diperkuatkan lagi melalui program-program dan aktiviti-aktivi UMNO-BN JUARA RAKYAT peringkat Negeri serta Bahagian dan Cawangan.
  • Antara intipati ucapan YAB Dato Seri Mohd Najib menjelaskan bahawa:-
  1. Program JUARA UMNO RAKYAT membuktikan UMNO-BN memang sentiasa bekerja untuk rakyat dan kerja-kerja tersebut akan terus dipergiatkan lagi disetiap peringkat kepimpinan.UMNO-BN akan terus berjuang membangunkan bangsa dan kepentingan Melayu yang kini terkebelakang dalam banyak perkara namun tidak akan mengenepikan kepentingan kaum lain.
  2. UMNO bukan parti ‘racist’ kerana sejak dari usaha mencapai kemerdekaan, kaum-kaum lain telah diundang untuk turut serta melalui gabungan UMNO-MCA-MIC yang dikenali sebagai PERIKATAN dan seterusnya penubuhan BARISAN NASIONAL selepas peristiwa 13 Mei 1969.
  3. UMNO-BN menginsafi isyarat rakyat terhadapnya pada PRU-12 yang lepas dan akan sentiasa bersama dan memperbaiki khidmat kepada rakyat melalui pelbagai program supaya UMNO- terus memahami ‘dengut nadi rakyat’ dan rakyat pula terus menyokongnya untuk memimpin negara dan rakyat dalam pilihanraya yang akan datang.
  4. Para pemimpin UMNO-BN diingatkan jangan bersifat mengabaikan rakyat. Berbuat baiklah dengan rakyat.
  5. YAB Presiden UMNO juga mengutuk perbuatan membakar gereja dan meminta pihak polis membawa mereka yang bersalah kemuka pengadilan. Beliau juga meminta semua pihak mengormati Islam sebagai agama rasmi negara tidak mengganggu gugat kesejerahtaan dan keselamatan negara.YAB Presiden UMNO meminta para pemimpin dan ahli-ahli UMNO bekerja kuat berjuang untuk membela agama, bangsa, rakyat dan membangun negara
  • Para peserta gerai yang mempamerkan pelbagai hasil pertanian dan IKS juga nampaknya sentiasa tersenyum dengan kedatangan pembeli yang memberi barangan ataupun mendengar taklimat. Itu adalah satu usaha yang sangat baik dipihak UMNO-BN kearah meningkatkan ekonomi rakyat.
  • Dengan kerja kuat, komitmen, perjuangan dan izin Allah, UMNO akan berjaya mengambil balik negeri-negeri yang jatuh ke pihak lain dalam pilihanraya PRU-13 yang akan datang.

KALIMAH ALLAH: TANGANI DENGAN BERHEMAH

  • Sabtu 9 Januari 2010, Wangsa Maju
  • Serangan ke atas beberapa buah gereja termasuk sebuah di kawasan saya (Wangsa Maju) haruslah dikutuk kerana ia bukan budaya orang Melayu, bukan budaya orang Islam dan tentunya bukan budaya UMNO. Serangan itu adalah tindakan yang tidak Islamik dan hanya memburukkan imej agama Islam.
  • Pokoknya, penggunaan kekerasan bukanlah caranya. Penyelesaiannya adalah dengan cara berhemah yang berteraskan kepada lunas undang-undang. Kita boleh suarakan pendangan kita, kita boleh lemparkan pandangan kita, tetapi tidak dengan melemparkan sesuatu yang boleh membawa kemudaratan kepada orang lain. Langkah yang paling baik adalah dengan berdialog. Namun inilah yang tidak difahami oleh pihak yang membawa kes ini ke mahkamah tinggi. Mereka sewajarnya berdialog dengan semua pihak-pihak yang berkenaan terlebih dahulu dan mengambil pendekatan yang lebih berhemah.
  • Isu penggunaan kalimah ALLAH perlu ditangani secara proses keilmuan dan pendidikan. Rasulullah SAW sepanjang kepimpinannya sentiasa mengingatkan orang Islam agar menghormati agama lain dan tempat beribadah orang lain. Baginda mengarahkan agar tentera Muslim jangan merosakkan rumah ibadah agama lain dan orang-orang kafir yang berlindung di dalamnya jangan dikasari.
  • Kita juga patut taat kepada titah DYMM SPB Yang diPertuan Agong yang mahukan rakyat bertenang dan jangan bertindak di luar batasan. Kita jangan biarkan anasir-anasir subversif mengambil kesempatan dari isu ini untuk mewujudkan ketidakstabilan sosial dan politik.
  • Jangan ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menuding jari ke arah UMNO dengan membuat tohmahan bahawa UMNO bertanggungjawab ke atas serangan tersebut. Mereka yang membuat tohmahan perlu diambil tindakan kerana kita TIDAK MAHU peristiwa 13 Mei berulang lagi.

KALIMAH ALLAH: UMNO JUARAI ... PAS KHIANATI

  • Jelas dan terang peristiwa getir penghakiman yang membenarkan kalimah suci Allah digunakan oleh bukan Islam benar-benar menusuk jiwa dan perasaan saya dan majoriti umat Islam di Malaysia.
  • Saya menghargai dan mengucapkan syabas kepada pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO serta semua orang Islam umum tua dan muda yang bangun menentang perkara tersebut dengan penuh yakin melalui ‘perkumpulan kecil’ dan menghantar memorandum. Mereka inilah yang menjadikan UMNO kembali dihargai oleh rakyat pada hari ini.
  • Petang semalam saya tersentuh hati apabila beberapa orang yang saya baru sahaja temui memberikan sokongan positif kepada UMNO yang menolak kalimah suci Allah digunakan oleh orang bukan Islam. Pada mereka PAS dan PKR memang tidak boleh diharapkan lagi.
  • Saya dapat rasakan masyarakat Islam agak kecewa apabila pakar-pakar Islam dari institusi-institusi pengajian tinggi dan institusi berteraskan Islam tetapi hampir semuanya/kebanyakannya berdiam diri dan lari dari memberi pandangan atau membahaskan perkara ini.
  • Apa sudah jadi dengan mereka? Adakah mereka setuju dengan penghakiman itu ataupun tidak bersetuju ... tetapi nampaknya seolah-olah hilang upaya untuk berani kehadapan dengan realiti perjuangan?
  • Bagaimana pula dengan peguam-peguam Islam yang hebat bercakap tentang Islam tetapi kebanyakannya membisu kaku dan ada yang menyindir UMNO dalam menangani isu ini. Siapa mereka itu? Mengapa mereka jadi begitu? Ternyata lagak mereka lesu. Peguam kerajaan yang diketuai oleh Tan Sri Gani Patail nampak tenang menguasai keadaan.
  • Parti PAS dan PKR telah menjelaskan pendirian mereka terhadap isu besar yang menyerang umat Islam Malaysia. Pada hemat saya pendirian mereka tidak tepat dan merupakan suatu pengkhianatan kepada umat Islam dan terhadap perjuangan Islam di Malaysia.
  • Sebagai pengamal politik, saya juga terfikir adakah pendirian mereka itu baru sahaja diambil dalam sehari dua ini atau memang telah dipadu sejak sebelum PRU Ke-12 yang lalu?
  • UMNO dan kerajaan (sebagai ulil amri) sedang menjalankan tugas mempertahankan dan memastikan Islam terus terjunjung tinggi kesuciannya serta memastikan Malaysia sentiasa mendapat petunjuk, rahmat dan baraqah dari Allah SWT.
  • Setiap umat Islam di Malaysia yang waras dan bernafas dengan kalimah Allah semestinya berpendirian tegas bahawa kalilah Allah hanyalah hak orang Islam. Kalau kita bersatu dalam isu ini InsyaAllah, kita dapat pertahanannya secara berjemaah sekaligus menghalang penyusupan unsur-unsur negatif yang mahu melemahkan umat negara kita.Kita tidak mahu umat Islam berkecamuk dan menjadi semakin lemah. Kita mesti menjadi semakin kuat untuk menghadapi serangan ini.
  • Sehubungan itu juga setiap umat Islam di Malaysia mesti juga berdoa semoga rayuan di mahkamah nanti akan membuahkan kemenangan.
  • Teruskan perjuangan – Ya Allah! berikanlah kami petuntuk, rahmat dan keberkatan serta kemenangan dunia dan akhirat dalam perjuangan ini. Amin.

PERTAHAHANKAN KALIMAH ALLAH ...HAKIKAT SEGALA HIJRAH

TAZKIRAH JUMAAT, 8 Jan 2010, Wangsa Maju
  • Kita sememangnya wajib bersyukur kepada Allah SWT yang telah memberikan banyak kenikmatan kepada kita. Kenikmatan yang terbesar yang diberikan kepada kita, ialah nikmat Islam. Dan kewujudan kita sebagai orang yang beragama Islam. Sebab ramai orang yang diberi kenikmatan hidup, tetapi tidak mahu memeluk Islam. Peliknya mereka ingin pula 'bertuhankan' Allah, nama Tuhan bagi orang-orang Islam.
  • Bersempena dengan "Maal Hijrah" yang tidak baru berlalu maka saya mengambil kesempatan ini untuk mambawa kita mengingati peristiwa Hijrah baginda Rasulullah SAW?
  • Ketika berdakwah di Mekah, Rasulullah SAW telah melalui masa-masa yang sangat sulit. Terutama setelah RAsulullah SAW diperintahkan Allah untuk menyampaikan Islam secara terbuka kepada masyarakat Mekah setelah Allah menurunkan surah al-Hijr:94:
  • "Maka sampaikanlah secara terbuka apa yang diperintahkan kepada kamu, dan tentanglah orang-orang musyrik itu."
  • Setelah ayat ini turun, khususnya setelah Umar bin Khattab dan Hamzah bin Abdul Muthallib memeluk Islam, maka Rasulullah SAW memulakan dakwah secara terbuka. Baginda, kemudian melakukan tawaf mengelilingi Ka'bah, yang diikuti oleh para sahabat. Sejak itu, para sahabat dan pengikut baginda, termasuklah baginda sendiri, setiap hari menerima penyiksaan daripada penguasa Mekah dan orang-orang kafir Quraisy.
  • Pernah baginda sedang solat berhampiran Kaabah, leher baginda diikat oleh Uqbah bin Abi Mu'ait, sehingga baginda tidak dapat bernafas, sampai akhirnya baginda ditolong oleh Abu Bakar. Pada masa yang lain, apabila baginda sedang shalat, tengkuk leher baginda dipukul oleh Uqbah bin Mu'ait, sehingga baginda pengsan, dan akhirnya ditolong oleh Fatimah. Puteri baginda itu menangis, sedih, melihat nasib ayahanda tercintanya dianiaya oleh orang-orang kafir. Bukan baginda sahaja yang mengalami nasib buruk seperti itu, malahan keluarga Yasir telah disiksa, sehinggalah Sumayyah meninggal dunia sebagai syahidah pertama.
  • Setelah penganiayaan secara fizikal gagal menggoyahkan iman para sahabat maka orang-orang kafir itu telah merancang untuk mengasingkan baginda SAW dan para pengikutnya. Maka terjadilah rancangan jahat itu selama lebih kurang 3 tahun. Baginda dan para sahabat hidup di sebuah lembah dalam keadaan kekurangan makanan, pakaian, pekerjaan, rumah dan diusir dari Mekah. Dan setelah itulah, baginda meminta para sahabat untuk meninggalkan Mekah menuju ke Habbasyah (Ethiopia-Afrika) untuk mencari perlindungan kepada Raja Najasyi, dengan maksud untuk mempertahankan agama mereka dari serangan secara berterusan yang dilakukan oleh orang-orang kafir.
  • Baginda Rasulullah SAW dan beberapa sahabat masih terus tinggal di Mekah.Justeru menjadikan tindakan orang-orang kafir semakin biadab kepada baginda SAW. Sehingga baginda berfikir untuk mencari perlindungan, kerana dakwah Islam tidak mungkin lagi dapat disebarkan kepada orang-orang Mekah.
  • Baginda cuba berhijrah ke Taif, untuk mencari perlindungan kepada Bani Tsaqif, tetapi diusir dengan cara tidak sopan. Baginda dilempari dengan batu dan kotoran, sehingga tubuh baginda berlumuran darah dan kotor. Sehinggakan Zaid bin Haritsah menangis, melihatkan keadaan baginda yang sangat menyedihkan itu.
  • Baginda, mencuba untuk masuk kembali ke Mekah, meskipun baginda tahu bahawa baginda akan dibunuh, apabila berada disana. Maka, baginda berusaha mencari perlindungan kepada Mut'im bin Adi, salah seorang tokoh pemuda Mekah. Mut'im sanggup melindungi keselamatan baginda SAW dan dakwah baginda. Sejak itulah, baginda berada dalam perlindungan Mut'im bin Adi.
  • Sejak itu, baginda selalu mengunjungi kabilah-kabilah yang datang ke Mekah untuk menyampaikan dakwah Islam yang baginda bawa. Meskipun risikonya sudah jelas sekali bagi baginda, sebagaimana sumpah baginda: "Demi Allah, seandainya mereka boleh meletakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiriku, aku tetap tidak akan meninggalkan urusan dakwah ini, sehingga ia dimenangkan Allah, atau aku dibinasakan dalam usaha untuk menuntutnya. "
  • Maka, baginda SAW, tetap tidak takut, dan terus-menerus berdakwah, meskipun pada masa itu tidak satu kabilah pun yang menerima. Pernah baginda menyampaikan dakwah ini kepada kabilah Amru bin Sa'sa'ah, yang pada awalnya bersedia menerima seruan dakwah Rasulullah SAW, namun dengan syarat kepemimpinan baginda mestilah diserahkan kepada kabilah Amru bin Sa'sa'ah, namun hal ini dijawab dengan tegas oleh baginda: "Sesungguhnya perkara (kekuasaan kepemimpinan) ini merupakan hak Allah, yang akan Dia serahkan kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki."
  • Setelah jawapan itu disampaikan oleh Rasulullah, baginda terus diusir dari khemah kabilah Amru bin Sa'sa'ah. Allah bagaimanapun memberikan pertolongan dengan dipertemukannya baginda SAW. dengan orang-orang Aus dan Hazraj yang datang untuk menunaikan haji di Mekah. Maka, apabila mereka mendengarkan seruan Rasullah untuk beriman dengannya dan mereka terusnmenerimanya, dan setelah itulah terjadi Bai'at Aqabah I, yang dilakukan di bukit Aqabah. Dan ini merupakan titik awal perkembangan dakwah Rasulullah saw. yang pertama, sehinggalah dakwah Islam ini sampai ke Yasrib, (nama Madinah sebelum diubah oleh baginda SAW).
  • Setelah rombongan Aus dan Hazraj kembali ke Madinah, mereka meminta Nabi saw. untuk mengirimkan orang agar mengajarkan Islam kepada mereka di sana. Ketika itulah, baginda mengirim Mus'ab bin Umair. Salah seorang sahabat Rasulullah, yang sebelumnya merupakan pemuda yang kaya raya, tetapi lebih memilih hidup sederhana bersama Rasulullah. Mus'ab lah yang menyampaikan pelajaran Al-Qu'an kepada penduduk Madinah, sehingga beliau mendapat gelaran sebagai Muqriul Madinah.
  • Dan ternyatalah dakwah Islam yang disampaikan oleh Mus'ab dan orang-orang Aus dan Hazraj yang telah memeluk Islam telah berjaya mengubah pemikiran penduduk Madinah, sehinggalah semua orang memperkatakan tentang Islam. Akhirnya, bilangan orang yang menyertai Islam menjadi semakin ramai, sehingga mereka mula melaksanakan solat Jumaah yang pertama kalinya di sana.
  • Berita ramainya penduduk Madinah yang menyertai Islam ini telah menyenangkan hati Rasulullah saw. dan para sahabat yang masih menyertai baginda di Makkah. Dan untuk membuktikan kesanggupan Madinah smenjadi pusat pengembangan Islam, maka baginda meminta Mus'ab untuk mengirimkan mereka ke Mekah.
  • Maka, berangkatlah pada musim haji berikutnya, seramai 75 orang. 73 lelaki dan 3 perempuan. Mereka kemudian sampai di Mekah dan bertemu dengan Rasulullah lantas menyatakan sumpah setia yang dikenal dengan Bai'at Aqabah II. Bai'at ini juga dikenal sebagai sumpah setia untuk hidup dan mati demi Islam. Ia juga persetujuan penyerahan kekuasaan orang-orang Madinah kepada Nabi untuk menjadi Ketua Negara Islam. Dan inilah yang mendorong baginda untuk berhijrah ke Madinah.
  • Sesungguhnya penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah bukan untuk melarikan diri atau menyelamatkan diri dari ancaman orang-orang kafir. Tetapi untuk menegakkan Islam, sehingga Islam ini menjadi agama dan ideologi yang boleh disebarkan ke seluruh dunia, untuk menyelamatkan dunia daripada kehancuran. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT. dalam surat At-Taubah: 33 /Al-Fath: 28 /As-Shaf: 9.
  • "Dialah Yang mengutus Rasul-Nya dengan (membawa) petunjuk dan agama yang haq, agar Dia memenangkan agamanya, keatas agama-agama yang lainnya."
  • Maka, tanpa hijrahnya Rasulullah ke Madinah, Islam tidak akan pernah sampai kepada kita di Malaysia. Sebab, tidak pernah wujud negara Islam yang menyebarkan dakwah ke seluruh dunia. Tetapi dengan hijrahnya baginda SAW ke Madinah maka negara Islam yang pertama kalinya berdiri tegak di Madinah, dan sejak itulah Islam disebarkan dengan dakwah dan jihad ke seluruh dunia. Sehinggalah Islam berkembang dengan cepatnya ke seluruh dunia, yang dimulakan dengan penaklukan wilayah Hejaz (622-632 M.) Wilayah Syam di taklukkan semasa Umar bin Khattab. Sehinggalah Islam masuk Eropah, setelah beberapa wilayahnya ditaklukkan pada tahun 696-705 M. pada masa Khilafah Ummayah. Pada masa yang sama, Islam juga telah sampai di Russia. Dan pada tahun 712, Islam telah sampai di Asia Tenggara.
  • Tetapi memandangkan pentingnya peristiwa Hijrah Rasulullah SAW ini, maka sememangnya peristiwa ini bukan sekadar menjadi peringatan. Peristiwa Hijrah wajib dijadikan pelajaran, bahawa Islam menjadi agama kita, dan sampai kepada kita bukan merupakan peristiwa kecil, tetapi merupakan peristiwa besar. Kalau bukan kerana pengorbanan Rasul dan para sahabat pastilah Islam ini tidak akan sampai ke hari ini. Dan kalau bukan kerana wujudnya orang-orang yang sanggup hidup dan mati demi Islam ini, tentulah Islam ini tidak sampai ke hari ini. Dan kalau bukan kerana wujudnya orang-orang yang rela mengorbankan harta, keluarga dan nyawa mereka, pastinya Islam tidak akan wujud hingga ke hari ini.
  • Dan oleh itu, kita semua berhutang kepada mereka. Dan kita tidak dapat membayarnya, sebab mereka bukan meminta ganjaran daripada kita. Mereka menegakkan Islam dengan seluruh pengorbanan mereka, kerana mereka telah menjual diri mereka kepada Allah, dengan seluruh jiwa, harta dan semua yang mereka korbankan itu telah dibeli oleh Allah dengan syurga-Nya.
  • "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman itu, diri dan harta mereka, bahawa mereka akan diberi (imbalan) syurga." (Q.s. At-Taubah: 111).
  • Ketika ini Islam telah kehilangan generasi terbaiknya yang sanggup menjual diri, harta dan nyawanya kepada Allah. Inilah yang menyebabkan hilangnya cahaya petunjuk Islam, setelah runtuhnya Khilafah Islamiyah, Turki Othmaniyah, pada 3 Mac 1924. Selepas itu umat muslimin berterusan mengalami musibah di seluruh pelusuk dunia.
  • Islam ketika ini memerlukan generasi yang sanggup mengorbankan diri, harta serta nyawa mereka untuk menegakkannya. Kerana tanpa pengorbanan, Islam mustahil kembali bangkit semula. Maka, semuanya terpulang kepada keimanan dan ketaqwaan kita semua. Tetapi yang wajib diyakini, bahawa syurga dan neraka itu adalah abadi. Syurga merupakan puncak kenikmatan yang tidak diberikan secara percuma oleh Allah kepada manusia. Kerana itu, semakin tinggi pengorbanan kita, maka semakin besar kenikmatan kita di akhirat kelak. Semoga kita termasuk diantara orang-orang yang sanggup berkorban demi mempertahankan kalimah Allah. Kita tidak perlu berperang tetapi cukup sekadar bersuara dengan lantang.

HIPOKRASI PAS

7hb. Januari 2010, Khamis, Wangsa Maju

  • Kenyataan-kenyataan parti PAS dan PKR yang menerima keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah suci Allah oleh gereja (bukan Islam) membuktikan bahawa kedua-dua parti itu memang tidak mahu berbuat apa-apa dan akan menerima juga apa sahaja akibatnya kepada umat Islam dan negara.
  • Kini tanggungjawab yang sedang digalas oleh UMNO ini terpaksalah dibuat bersendirian. Kita bersendirian dalam perjuangan ini. Walaupun begitu itu janganlah gentar kerana usaha kita ini InsyaAllah akan mendapat rahmat dan bantuan dari Allah sehingga kita berjaya di dunia dan akhirat.
  • Demi kebaikan kesucian agama Islam dan kebaikan ummah masa kini dan kehadapan serta negara Malaysia yang aman sentosa yang sentiasa mendapat perlindungan Allah, perjuangan ini mesti diteruskan dengan pelbagai kaedah yang munasabah, hikmah dan bijaksana.

Selamat berjuang.

KALIMAH ALLAH

  • 5 Januari 2010 Selasa , Wangsa Maju
  • Umat Islam di Malaysia telah dilanda tsunami dan penghinaan pada 31 Desember 2009 apabila Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Law Bee Lan memutuskan membenarkan akhbar Gereja Katholik, Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam terbitannya. Pada hemat saya keputusan Hakim adalah tidak tepat dan tidak menepati maksud dan semangat Perlembagaan Malaysia serta gagal memahami real politik Malaysia.
  • Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut. Notis rayuan tersebut difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya kira-kira pukul 4 petang ini semalam (Isnin).
  • Saya menganggapnya sebagai suatu trajedi kerana ia merupakan serangan terang-terangan terhadap umat Islam Malaysia (mereka mahu mendakyahkan umat Islam Malaysia secara besar-besaran).
  • Entah apa yang telah menyerang PAS. Semalam Ahlijawatankuasa PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusof Rawa mengaku menerima dan menyokong kalimah suci Allah digunakan oleh Kristian dan bukan Islam.
  • Begitulah golongan yang katanya berjuang untuk menjadikan negara Islam menurut definasi mereka. Kini semangat dan matlamat mereka sebenar telah terbongkar. Bukan hendak membina negara Islam tetapi bersekongkol dengan pihak yang mahu merampas kalimah suci Allah. Mereka ini pengkhianat kepada seluruh umat Islam negara.
  • Mereka tidak kisah nasihat Datuk Harun Din yang menyatakan bahawa menerima keputusan mahkamah itu boleh membawa kepada kekufuran.
  • Umat Islam yang waras sungguh kesal dengan peranan para pemimpin PAS dan PAS yang telah digunakan sebagai batu loncatan. Peranan YB. Khalid Samad dan YAB Nik Aziz Nik Mat sebenarnya sangat besar kepada kejayaan usaha Kristian tersebut. Pada hemat kami itu adalah satu pengkhianatan kepada umat Islam di Malaysia. Tindakan mereka dan PAS sebenarnya kearah memusnahkan Islam seperti yang sedang berlaku di Indonesia. Datuk Mohd Daud Iraqi orang kuat PAS begitu pengecut untuk komen dan bertindak membetul keadaan tetapi menyalahkan kerajaan. Itulah kepandaian mereka. Menyalahkan kerajaan sedangkan merekalah yang melakukan pengkhianatan untuk mendapatkan undi politik.
  • Tembelang pemimpin PAS YB. Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS yang menyokong usaha Kristian untuk menggunakan kalimah suci Allah kian terbongkar. Dalam artikel yang disiarkan di The Malaysian Insider dia telah menyalahkan UMNO dan Kerajaan yang kini sedang berusaha habis-habisan untuk membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah suci Allah oleh bukan Islam.
  • Apa yang beliau sarankan? ‘Mahfuz also urged Muslims to remain calm, adding that their concern should also be addressed by formulating a guideline on the use of the word ‘Allah’.
  • “Most importantly, all Islamic institutions must strengthen their dakwah work to all Muslims to avoid the confusion that may be caused by the use of the word Allah’
  • ‘(Mahfuz menyarankan orang-orang Islam bertenang, dan menambah bahawa keresahan mereka boleh dihilangkan dengan membuat garispanduan tentang penggunaan kalimah Allah. Terpenting, semua institusi Islam mesti meningkatkan kerja dakwah kepada semua orang Islam untuk mengelakkan kekeliruan yang mungkin berlaku akibat penggunaan kalimah Allah)’
  • Rakan karib PAS yang diketahui umum iaitu NGO Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM) pula melalui Presidennya Zaid Kamarudin menyarankan ‘semua pihak wajar membolehkan bidang perundangan menjalankan peranannya yang diperuntukkan di bawah dalam undang-undang.’. Hairan JIM yang biasanya kedepan lantang dalam apa sahaja isu telah tergamam lemah longlai dalam isu ini.
  • Pokoknya, Kalimah Allah adalah hak orang Islam sahaja. Meskipun kalimah Allah digunakan oleh Kristian Arab namun mereka menggunakannya dengan merujuk kepada makna 'Tuhan' dalam Bahasa Arab lantaran perkataan Allah bermakna Tuhan dalam bahasa mereka. Arab adalah bahasa ibunda mereka. Tetapi Kristian di Malaysia bukan berbangsa Arab, maka mengapa mereka perlu menggunakan istilah Arab sedangkan Arab bukan bahasa ibunda mereka. Apa yang berlaku adalah mengada-adakan sesuatu yang tidak ada. Penggunaannya tidak mempunyai asal usulnya yang sah tetapi kepalsuan semata-mata. Maka wajarlah `bidaah' besar ini ditentang habis-habisan kerana ia merosakkan keharmonian nasional.

SATU WANGSA MAJU, RAKYAT DIUTAMAKAN

  • Demi mendaulatkan konsep RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN, maka UMNO Bahagian telah menganjurkan program SATU WANGSA MAJU, RAKYAT DI UTAMAKAN pada 20hb. Disember 2009 bertempat di Flat Danau Kota, Setapak.
  • Objektif program ini adalah untuk memberikan peluang kepada rakyat pelbagai kaum peluang untuk mendapat kemudahan di hujung kaki. Maksudnya tidak perlu berjalan jauh ke pejabat-pejabat kerajaan berkenaan, malah wakil-wakil mereka yang akan datang kepada kita.
  • Dalam program tersebut UMNO Bahagian telah membawa beberapa agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) agar rakyat boleh membuat dan memperbaharui Mykad, mendaftar atau menukar pendaftaran dalam SPR dan seterusnya peluang untuk menjadi ahli UMNO.
  • Saya merasa terharu kerana program ini telah mendapat sambutan yang hangat di kalangan warga Wangsa Maju dan insyaAllah kita akan adakan secara berkala dari semasa ke semasa. Kepada JPN dan SPR, saya ucapkan jutaan terima kasih.

JOM KE SEKOLAH

  • Saya masih ingat semasa kecil, bahawa salah satu pengalaman besar adalah ketika mula-mula hendak masuk sekolah ke darjah 1. Namun ketika itu tidak ada 'pesta' untuk meraikan mereka yang akan memulakan alam persekolahan. Sebagai meraikan warga cilik di Wangsa Maju maka UMNO Bahagian pada 19 Disember 2009 telah mengadakan program JOM KE SEKOLAH di Dataran UMNO Wangsa Maju di Danau Kota.
  • Seramai 425 orang kanak-kanak yang akan memasuki alam persekolahan telah diberikan bantuan berjumlah RM200 sebagai persiapan untuk persekolahan. Sehubungan itu saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pasaraya GIANT kerana turut memberikan sumbangan. Semoga anak-anak kita akan memulakan persekolahan dengan persiapan yang rapi dan lengkap. Terima kasih sekali lagi kepada GIANT.

SELAMAT AWAL MUHARRAM 1431 HIJRAH

  • Assalammu'alaikum waramatuhllahi wabarakahtuh
  • Hari ini bermulalah satu lagi lembaran baru dalam hidup kita. Kita menyambut kedatangan Tahun Baru Islam yang dikenali juga dengan Awal Muharram 1431 Hijrah yang jatuhnya pada hari ini iaitu 18hb. Disember 2009.
  • Setiap kali menjelangnya Awal Muharram ia membawa kita mengingati peristiwa berhijrahnya Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Yathrib yang kemudiannya ditukarkan nama kepada Madinah yang bermakna Bandar Nabi. Kedatangan Awal Muharaam juga mengingatkan saya kepada rakan saya yang bernama Muharral, seorang pejuang UMNO di Bahagian Batu.

  • Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah merupakan permulaan tahun baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Madinah dalam tahun 622 masihi. Di samping itu ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang buruk atau kurang kepada yang baik atau sempurna.

  • Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.

  • Jika pada kebiasaannya kita berazam pada setiap tahun baru masihi, apa kata kali ini kita juga berazam semasa ketibaan tahun baru hijrah. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini bolehlah dimulakan sekarang. Azam ini bolehlah lebih ke arah pengisian rohani dan keagamaan.

  • Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita. Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh. Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.

WEE CHOO KEONG MEMBUAT TUDUHAN PALSU

  • Semalam Parlimen meluluskan untuk membentuk sebuah Jawatankuasa untuk menyiasat kononnya saya mengkasari Wee Choo Keong. Saya rela disiasat tetapi sekiranya saya disiasat maka Wee Choo Keong juga mestilah disiasat. Beliau mestilah disiasat untuk menentukan sama ada beliau benar-benar saya kasari. Adakah matanya bengkak, pipinya lebam atau bajunya terkoyak.? Apakah saya bertindak memudaratkannya secara fizikal.
  • Seperti mana yang telah diketahui umum, Ahli Parlimen Wangsa Maju ini sememangnya suka mencari publisiti murahan. Beliau juga membuat tohmahan bahawa saya adalah de-facto Datuk Bandar Kuala Lumpur, de-facto Menteri Wilayah Persekutuan dan banyak lagi. Hakikatnya Kuala Lumpur mempunyai Datuk Bandar dan Wilayah Persekutuan mempunyai Menterinya iaitu Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Apakah beliau bermaksud bahawa apa saja tindak-tanduk Menteri Wilayah Persekutuan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur mesti mendapat pengesahan saya? Kerana itulah yang dimaksudkan dengan 'de-facto'. Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mempunyai Menteri, Timbalan Menteri dan KSU juga TKSU manakala DBKL mempunyai Datuk Bandar, Ketua Pengarah dan Timbalan-timbalan Ketua Pengarah; ini menggambarkan suatu organisasi yang cukup komprehensif dari segi struktur dan fungsi. Tugas saya di Kementerian Kewangan sudah cukup banyak dan sibuk yang pastinya saya tiada masa dan ruang untuk mengganggu kementerian lain.
  • Hakikatnya Wee Chee Keong kini gusar dengan kebangkitan UMNO Wangsa Maju dan perpaduan yang kian kental di kalangan ahli-ahli UMNO di sini. Wee Choo Keong tahu bahawa beliau hanya 'singgah' sebentar di Wangsa Maju. Tiada jaminan bahawa beliau akan kekal menjadi calon pembangkang di Wangsa Maju dalam pilihan raya akan datang. Dalam pilihan raya lalu beliau hanyalah menumpang pada tiket PKR, tiada jaminan bahawa PKR akan terus mengekalkannya. Beliau pernah menjadi persona nan grata pada DAP dan nampaknya PKR tidak berminat untuk mengekalkannya sebagai calon PKR lantaran sikap perkauman yang terlalu menebal. Justeru itu beliau cuba re-invent dirinya demi survival politiknya dengan membuat tohmahan dan menggunakan apa saja ruang yang ada untuk meraih publisiti.
  • Strateginya ialah dengan menjadikan saya sebagai bogey man dengan menakut-nakut orang bahawa saya adalah mafia di WPKL. Hakikatnya beliau takut kepada kebangkitan UMNO Wangsa Maju. Justeru itu saya perlu dineutralkan. Ini juga memberikan ruang kepadanya untuk mendabik dada kononnya hanya beliau yang layak menjadi calon pembangkang di Parlimen Wangsa Maju apabila saya berjaya dineutralkan.
  • Apa yang sebenarnya berlaku tidak seperti yang digembar-gemburkan oleh Wee Choo Keong. Sebelum beliau bercelupar dengan bersandarkan imuniti di Dewan Rakyat dengan mentohmah saya, saya tidak mengenalinya dan tidak pernah berjumpa dengannya.
  • Maka tujuan saya datang ke Parlimen tidak ada kena mengena dengannya. Saya bagaimanapun mushkil mengapa beliau amat 'meminati' saya. Kehadiran saya di Parlimen mungkin telah mengejutkannya dan membuatkan beliau gelabah dan membuat rumusan bahawa saya akan bertindak kasar.
  • Hakikatnya saya hanya bercakap dengannya. Percakapan sayapun tidak kasar. Bodohlah saya sekiranya saya mengkasarinya di Parlimen. Apatah lagi sebagai Setiausaha Politik kepada Dato Sri Najib sudah tentu saya cukup arif dengan protokol dan diplomasi untuk tidak bertindak sebegitu. Membuat tuduhan palsu adalah tindakan menghina Dewan Rakyat dan beliau patut disiasat kerana membuat tohmahan kerana hakikatnya saya tidak pernah berlaku kasar terhadapnya.

MAJLIS TAHLIL & DOA SELAMAT SEMPENA BERPINDAH KE PEJABAT BARU

  • UMNO Bahagian Wangsa Maju telah berpindah ke pejabat baru yang alamatnya tertera di sebelah kiri blog. Bersempena itu satu Majlis Tahlil dan Doa Selamat telah di adakan di pejabat baru ini di Taman Danau Kota yang tidak jauh dari pejabat lama. Perpindahan ini adakah ekoran kontrak penyewaan yang telah tamat.
  • Majlis Tahlil dan Doa Selamat turut dihadiri oleh semua Ahli-ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Wangsa Maju di semua peringkat dan ketua-ketua cawangan, pemuda cawangan, wanita cawangan dan puteri cawangan serta pemimpin-pemimpin masyarakat di Wangsa Maju. Majlis berlangsung pada 8hb. Disember 2009 (Selasa).

PENJELASAN YBM DATO RAJA NONG CHIK DI PARLIMEN

  • Di Parlimen pada 7hb. Disember 2009 (Isnin) YBM Dato Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar telah memberikan penjelasan berhubung dengan tohmahan yang dibangkitkan oleh Wee Chee Keong, Ahli Parlimen Wangsa Maju dari PKR.
  • Wee Chee Keong sebelum ini mendakwa bahawa saya memaksa DBKL untuk menghentikan tindakan ke atas penjaja di Wangsa Maju. Hakikatnya seperti mana yang telah saya jelaskan semalam bahawa saya hanya menyuarakan rintihan Persatuan Penjaja Wangsa Maju kepada pihak DBKL. Saya tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan pentadbiran DBKL dalam melaksanakan kerja-kerjanya. Sebagai Ketua UMNO Bahagian, saya terpanggil untuk membela mereka yang memerlukan pembelaan tanpa mengira sama ada ini melibatkan UMNO ataupun melibatkan hal rakyat seperti dalam kes ini yang melibatkan kalangan penjaja kecil.
  • Dato Raja Nong Chik dalam kenyataannya di Parlimen semalam menafikan sekeras-kerasnya penglibatan saya sebaliknya memberitahu bahawa beliau sendiri yang dirujuk oleh DBKL dalam soal pengurusan gerai dan tapak pasar malam.
  • Beliau menjelaskan bahawa saya tidak terlibat dalam mempengaruhi keputusan DBKL sama sekali. Keputusan DBKL adalah didasarkan terhadap pandangan Menteri. Ini bermakna keputusan DBKL adalah keputusan yang dibuat setelah mereka merundingi Menteri. Seperti mana yang telah saya tegaskan bahawa saya tidak mempunyai kuasa ke atas DBKL.

  • Dengan memetik kata Raja Nong Chik "Saya boleh sahkan bahawa Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan DBKL, Datuk Mhd. Amin Noordin Abd. Aziz ada menghubungi saya bagi mendapat kelulusan dan saya setuju .... saya meminta Choo Keong tampil membawa bukti jika benar beliau mempunyai integriti," katanya menjawab tuduhan Wee Choo Keong pada Sidang Dewan Rakyat, semalam.
  • Memandangkan Wee Chee Keong gagal mengemukakan bukti beliau kini mencipta cerita baru, kononnya, Datuk Mhd. Amin Noordin Abd. Aziz, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan DBKL itu yang mendedahkan semua tuduhan tersebut kepada beliau.
  • Saya yakin tidak ada sebab mengapa Datuk Mhd Amin perlu melapor kepada Wee Chee Keong tentang urusan pentadbiran DBKL. Sebagai pegawai kanan DBKL beliau bertanggungjawab terhadap Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Beliau tidak perlu melapor kepada Ahli Parlimen mahupun kepada saya.
  • Wee Chee Keong sebenarnya suka mensensasikan isu-isu yang direka-rekanya sendiri dan mendatangkan kesusahan kepada masyarakat. Baginya kepentingan masyarakat tidak penting yang penting adalah mendapat publisiti murahan tanpa mengambil kira kesahihan sesuatu isu dan lebih teruk mencipta cerita-ceritanya sendiri. Saya cadangkan adalah lebih baik beliau menjadi penulis fiksyen kerana apa saja yang keluar dari mulutnya adalah ficticious.

ISU WANGSA MAJU DI PARLIMEN

  • Saya tidak pernah kenal Wee Chee Keong, Ahli Parlimen Wangsa Maju secara peribadi. Tetapi sejak kebelakangan ini beliau lantang di Parlimen melontarkan tohmahan-tohmahan terhadap saya. Beliau mengatakan saya menyalah gunakan kuasa saya sebagai Setiausaha Politik.
  • Beliau membangkitkan tentang saya mengamalkan rasuah politik wang untuk menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju. Mengapa sekarang dibangkitkan isu ini? Pemilihan Bahagian UMNO telah lama berlalu. Jikalau beliau mempunyai bukti beliau patut melaporkan kepada SPRM bukan melapor kepada Parlimen. Kenapa beliau sibuk-sibuk tentang UMNO? Adakah beliau berminat untuk menyertai UMNO setelah di tendang keluar dari DAP. Hakikatnya beliau adalah publisitimania, seorang yang suka mencari publisiti untuk diri sendiri dan suka membicarakan perkara yang bukan-bukan untuk mempopularkan dirinya. Itulah sebabnya beliau di campak keluar dari DAP. Dah kena campak keluar dari DAP kini nak sibuk pasal UMNO pula.
  • Wee Chee Keong juga menggunakan isu penjaja di Wangsa Maju untuk mensensasikan bahawa saya 'memaksa' Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tidak bertindak ke atas penjaja-penjaja.
  • Inilah taktik pembangkang. Pembangkang yang ketandusan isu mula menggunakan isu-isu administratif untuk melanyak UMNO.
  • Pokoknya sebagai Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju saya bertanggungjawab untuk membela nasib rakyat di Wangsa Maju lantaran Ahli Parlimennya telah gagal berbuat demikian. Saya tidak mempunyai kuasa untuk memaksa DBKL mengikut telunjuk saya. DBKL mempunyai kuasa dan bertindak mengikut prosidurnya. DBKL bukannya robot, DBKL di uruskan oleh kalangan yang boleh dirundingi sekiranya kita mempunyai sebab-sebab yang munasabah. DBKL tidak bertindak membabi buta. Mereka juga manusia, mempunyai perasaan dan bertindak di landasan undang-undang. Kuasa di tangan DBKL. Saya tidak mempunyai sebarang kuasa ke atas DBKL.
  • Walaubagaimanapun saya mempunyai tanggungjawab.Tidak ada gunanya saya menjadi Ketua Bahagian sekiranya tidak mampu membela nasib masyarakat. Saya perlu menjaga kebajikan warga Wangsa Maju. Sekiranya Persatuan Penjaja Wangsa Maju meminta saya membela nasib mereka saya akan bela. Tetapi akhirannya terpulanglah kepada DBKL untuk bertindak dan membuat keputusan.
  • Untuk pengetahuan pembaca budiman, mereka yang saya bela adalah kalangan penjaja kecil yang berpendapatan kecil yang melayari kehidupan mencari sesuap nasi pagi dan petang. Hanya kerana saya seorang Setiausaha Politik di Kementerian Kewangan tidak bermakna saya hanya perlu melayan kalangan korporat dan menafikan kalangan penjaja kecil. Mereka juga rakyat, mereka juga menyumbang kepada ekonomi negara. Mereka juga manusia yang mempunyai suara yang mahukan suara mereka di dengari apabila merasakan diri teraniaya. Mereka juga berada dalam gagasan 1MALAYSIA.
  • Dayuslah saya sebagai Ketua Bahagian sekiranya saya tidak berani membela nasib mereka. Dayuslah saya sekiranya saya memekakkan telingan dari mendengar rintihan mereka. Semasa saya menjadi Ketua Pemuda Bahagian lagi dan sebelumnya, saya telah banyak kali memperjuangankan nasib kalangan yang memerlukan pembelaan. Mengapakah saya harus berhenti dari membela apabila saya menjadi Ketua Bahagian?
  • Seperti mana dipermulaan tadi, saya katakan bahawa saya tidak kenal pada Wee Chee Keong. Tetapi sejak dia buat kecoh di Parlimen saya cuba melayari dalam internet tentangnya. Hasilnya saya menemukan sebuah blog www.malaysiawaves.com. Saya tak tahu siapa yang menulisnya tetapi dari apa yang saya fahami dari penulisannya ia mungkin seorang penyokong pembangkang. Tapi apa yang saya nak sampaikan ialah Wee Chee Keong ini adalah masalah kepada semua orang waima kepada pembangkang sendiri. Bacalah dan nilaikan sendiri petikan dari blog tersebut.

Is Wee Chee Keong a Troublemaker in PKR?

  • It was his open and unsubstantiated accusation against a Selangor exco man that prompted the MACC to start their uncall investigations on several Selangor Exco. And until now, Wee Chee Keong has not provided the public evidence to his accusation or even name the exco involved with the Chinese triads.
  • Wee Chee Keong, the MP for Wangsa Maju, made an open claim that a Selangor exco member is involved with the triads. Wee Chee Keong, the former DAP man, and former MP for Bukit Bintang (while I was schooling in the area, Wee Chee Keong was my MP). But he was canned from the DAP because he was such a troublemaker to the party.
  • I heard a lot of stories about the man from my DAP friends but I never really believe them. I know he formed a new party. I should’ve known my DAP friends were right because if Wee Chee Keong was right, then more than half of the party members would have followed him. But, alas, only a few of the supporters went with him.
  • Now, Teo is dead. And Teo’s blood is partly on Wee Chee Keong’s hands. It is his stupid and nonsensical claim that prompted the MACC to launch their head-hunting investigation that led to the tragic death of Teo.
  • In fact, Wee Chee Keong, according to my internal PKR sources, is speaking on behalf of a few PKR strong-men unsatisfied with the MB. And what is the source of their dissatisfaction? The MB refuse to give these people high-powered contracts and insist these people to go through the normal process and procedures. Now, this small group wants to topple the MB and start an internal rebellion.
  • On top of that, we have a certain PAS Exco members who are seeing the UMNO Selangor liason chief in secret. Not once but more than twice. But that’s another article.
  • So, it’s true what they say. When u want to make things right, you will face more people resisting you than when u want to make things wrong. Wee Chee Keong is a wrong the PKR must right, in the near future.
  • And I know the exco that Wee Chee Keong is trying to vilify. If he was such a triad man, he would have been in jail a long time ago for his vocalness in the last 30 years. Trust me. He is anything but a triad man.
  • To me, Wee Chee Keong is a disease. He must be rid of, else, PKR will die from the disease.

WAJARKAN CHIN PENG DIBENARKAN MENJEJAK TANAH MALAYSIA

ISU berkaitan Chin Peng bukanlah perkara yang baru dibangkitkan kerana ia telah acapkali digunakan sebagai antara agenda para pembangkang dalam cubaan membakar perpaduan yang selama ini tersimpul rapi di kalangan rakyat.

Minggu lalu, nama Chin Peng di sebut lagi oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh dengan hujah kewajaran Kerajaan Pusat untuk memberikan permohonan maaf kepada individu terbabit lantas membawanya kembali ke tanah air.

Namun demikian, ketegasan kerajaan dalam membuat keputusan tidak pernah goyah untuk tidak membenarkan Chin Peng kembali apatah lagi ia mengambil kira bukan hanya kepentingan awam malah kesejahteraan negara yang selama ini terpelihara juga akan turut terpalit sama.

Tidak kiralah sama ada perubahan masa dan zaman yang berlalu, nama Chin Peng pastinya tidak luput dari sejarah apatah lagi ingatan masyarakat yang masih ada semasa komunis bermaharaja.

Chin Peng adalah bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) yang turut sama terlibat secara langsung mengambil kesempatan untuk berkuasa menerusi gerila-gerila MPAJA dengan beberapa pertubuhan seperti Min Yuen, MRL dan sebagainya.

Perlu difahami bahawa penularan fahaman komunisme ini adalah berlangsung daripada perjuangan untuk membebaskan tanah air dari kuasa penjajah iaitu PKM adalah untuk menghalau British keluar dari Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis.

Namun demikian, tindakan yang diambil adalah lebih cenderung kepada pertumpahan darah dan kekerasan yang sememangnya amat bertentangan dengan budaya dan amalan yang dilakukan oleh masyarakat Tanah Melayu ketika itu.

Pergerakan penubuhan PKM untuk membebaskan Tanah Melayu dan mencapai kemerdekaan, lantas semasa pemerintahan Jepun PKM melalui MPAJA telah menentang Jepun.

Bagaimanapun, selepas Jepun menyerah kalah, PKM bertindak dengan beberapa siri keganasan dan rusuhan serta pergaduhan antara kaum, terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu. Akibatnya, tindak-balas terhadap kekejaman anggota komunis Bintang Tiga berlaku yang mengorbankan banyak nyawa.

Dalam pada itu, terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 menjadi penamat kepada PKM kerana penglibatan mereka telah diketepikan oleh British.

Lantaran itu, PKM telah menukar strategi dan mula mencetuskan keganasan melalui mogok dan rusuhan. Ekoran tindak balas tersebut, British mengharamkan pemimpin politik daripada mengetuai kesatuan pekerja, iaitu sebagai jalan bagi melemahkan kedudukan komunis Bintang Tiga.

Tindakan bersenjata pihak komunis Bintang Tiga telah melibatkan beberapa siri serangan berdarah termasuklah insiden pada 16 Jun 1948 iaitu pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak.

Tujuan utama PKM melancarkan gerakan bersenjata adalah untuk menggulingkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan mendirikan sebuah Kerajaan Republik Komunis melalui pemberontakan bersenjata.

Chin Peng juga mengerahkan segala kekuatannya dan telah diperkuatkan lagi dengan penubuhan Rejimen Ke-10 (Tentera Pembebasan Nasional Malaya – TPNM) yang dipimpin oleh Abdullah CD. Rejim komunis ini telah bersarang di hutan belantara dengan mengangkat senjata untuk menentang pasukan keselamatan yang mereka anggap sebagai anjing kerajaan.

Akibat daripada ketidakselamtan yang berpunca dari keganasan komunis ini telah membawa kepada pengistiharan darurat oleh Sir Edward Gent pada 12 Julai 1948 ke seluruh negara.

PKM telah diharamkan pada 23 Julai 1948, lantas seluruh angkatan bersenjata telah digerakkan termasuk Senoi Praaq bagi menentang komunis.

Namun demikian, atas kepentingan bersama dan kesejahteraan masa hadapan, pada 9 September 1955 Kerajaan Perikatan pimpinan Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan pengampunan beramai-ramai kepada Komunis.

Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin PKM, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Sokongan besar rakyat kepada Perikatan dan pilihan raya 1955 memberi kesan positif atas kesinambungan perjuangan bangsa dan menutup peluang PKM berkuasa.

PKM telah menulis surat kepada Tunku untuk berunding. Pihak Kerajaan diwakili oleh Tunku, Tan Cheng Lok dan David Marshall (Ketua Menteri Singapura) manakala PKM diwakili oleh Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin.

Namun demikian, rundingan yang dikenali sebagai Rundingan Baling pada 28-29 Disember 1955 ini menemui kegagalan kerana Kerajaan menolak desakan PKM supaya diiktiraf sebagai parti yang sah dan Chin Peng enggan menerima syarat-syarat Kerajaan supaya membubarkan PKM dan menerima tawaran pengampunan.

Tunku kemudiannya menegaskan kepada rakyat bahawa PKM bertindak menentang kerajaan sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British.

Dengan gerakan bersenjata komunis sebelumnya, dikatakan kira-kira 2,500 orang awam dan 1,865 anggota pasukan keselamatan terbunuh di tangan PKM semasa era keganasan kumpulan pengganas itu antara 1948 sehinggalah mereka meletakkan senjata pada 1989.

Dalam hal ini, Kerajaan tidak membenarkan Chin Peng kembali ke negara ini sebab ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati terutama kepada mereka yang terkorban dan ahli-ahli keluarga mereka yang telah terkorban dalam waktu darurat dahulu.

Tidak kurang juga yang telah menanggung derita dengan kecacatan kekal yang dialami akibat jerangkap samar yang dipasang oleh gerila komunis yang dikepalai oleh Chin Peng dan konco-konconya dari Rejimen Ke-10 yang berselindung di sebalik nama Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM).

Sesungguhnya, tujuan utama pemimpin PKM adalah untuk mendominasikan negara ini dengan fahaman komunisme, tetapi rakyat telah menolaknya.

Lantas, sebagai memahami aspirasi negara, dan pejuang yang telah gugur ekoran tindakan komunis, wajarkah memaafkan individu yang terlalu banyak angkara khianat telah dipalitkannya terhadap negara ini?

BIRO TATA NEGARA (BTN) YANG SAYA KENAL

  • Banyak diperkatakan tentang BTN sejak Kerajaan Selangor mengeluarkan arahan melarang kakitangan awam di Selangor dan para pelajar dari institusi pendidikan di negeri tersebut menyertai kursus-kursus anjuran BTN dengan alasan ia memecah-belahkan perpaduan kaum di negara ini.
  • Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kerajaan Pusat tidak ralat sekiranya ada pihak yang tidak mahu menyertai kursus Biro Tata Negara (BTN) Katanya, keengganan mereka berbuat demikian langsung tidak mendatangkan masalah kepada kerajaan kerana banyak lagi pihak lain bersemangat untuk menyertainya berikutan faedahnya yang amat bernilai.
  • Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula menuntut supaya BTN ditutup terus atas alasan kononnya ia adalah salah satu punca kegagalan pembinaan negara bangsa Malaysia yang bersatu padu.Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menegaskan BTN diketahui umum adalah kursus yang menganjurkan semangat patriotisme dan perpaduan semua kaum kerana ia bukan sahaja disertai orang Melayu malah semua kaum di negara ini.
  • Ekoran dari kemelut itu kerajaan telah berbesar hati untuk merombak kurikulum dalam kursus Biro Tata Negara (BTN) supaya ia lebih sesuai untuk semua kaum sejajar dengan konsep 1Malaysia.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, keputusan kabinet minggu lalu itu dibuat bagi memastikan kursus tersebut tidak tertumpu kepada satu kaum sahaja dan tidak memecahkan rakyat mengikut etnik. "Kita harus merombak kurikulum BTN. Sekarang konsep 1Malaysia. Kurikulum sebelum ini tidak menepati dengan hasrat Perdana Menteri ”.
  • Saya sendiri pernah menyertai kursus di BTN dan saya berpendapat ia adalah baik dalam membentuk jati diri dan semangat juang. Kursus BTN sebenarnya menekankan aspek kesedaran diri. Ia mendedahkan kita tentang isu-isu penting yang berkisar di sekeliling kita.
  • Justeru itu dakwaan bahawa ia menjadi wadah indoktrinasi UMNO atau BN adalah tidak benar. Ia sebenarnya mendefinasikan apakah sebenarnya yang dimaksudkan sebagai insan yang bergelar warga Malaysia.