. . . . . . . . . . DIARI MASYARAKAT: PROGRAM JUARA RAKYAT BULAN KEBAJIKAN

  • WANGSA MAJU 7 MAC 2010
  • Pada 7 Mac 2010 (Ahad) majlis di atas telah di adakan. Program kali ini menumpu kepada membantu golongan yang kurang bernasib baik.
  • YB Dato Shaziman Abu Mansor, Menteri Kerja Raya telah dijemput untuk menyerikan majlis tersebut. Beliau telah berbesar hati menyampaikan ucapan dan sekaligus menyampai sumbangan kepada NGO dan individu yang berkenaan.
  • Program ini bermula dengan Konvoi motosikal di Kg. Seg. Merali, Jalan Gombak pada pukul 9.00 pagi yang dirasmikan oleh saya sendiri. Konvoi ini kemudiannya bertolak ke Dewan UMNO Cawangan Kg. Wira Jaya, Dewan UMNO Cawangan Blok CD dan konvoi berakhir di Asrama Anak-Anak Yatim Nur Iman AQ, Jalan Bakubang, Taman Setapak. Di sini jugalah majlis penutup di adakan dengan diserikan dengan kehadiran Dato Shaziman pada waktu petangnya.
  • Sepanjang program saya lihat sambutan yang meriah diberikan oleh penduduk setempat. Anak-anak muda pula ghairah menyertai konvoi. Matlamat utama program iaitu membela mereka yang kurang bernasib baik menerusi pelbagai penglibatan NGO jelas terselah. Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bekerja keras dalam menjayakan program sehari suntuk ini.