PM menyampaikan ucapan kepada penduduk FELDA Sg. Buaya
KEMPEN 94
Selepas solat Jumaat bersama PM di Sg. Buaya
KEMPEN P94
Bersama Dato Sri Noh Omar, orang sangat penting pilihan raya kali ini
KEMPEN P94
Wanita Wangsa Maju memberikan komitmen yang jitu
KEMPEN P94
budak-budak Wangsa Maju yang membantu kempen di P94
JUARA RAKYAT -BULAN AGENSI KERAJAAN
JUARA RAKYAT - BULAN AGENSI KERAJAAN
JUARA RAKYAT - BULAN AGENSI KERAJAAN
JUARA RAKYAT - BULAN AGENSI KERAJAAN
JUARA RAKYAT - BULAN AGENSI KERAJAAN
JUARA RAKYAT -BULAN KEBAJIKAN
JUARA RAKYAT - BULAN KEBAJIKAN
JUARA RAKYAT - BULAN KEBAJIKAN
JUARA RAKYAT - BULAN KEBAJIKAN
JUARA RAKYAT BULAN KEBAJIKAN
RENUNGAN
Pada suatu hari, Abu Dzar al-Ghifari meminta kepada Rasulullah SAW agar memberi dia satu jawatan . Tapi, Nabi SAW menolaknya.Sambil menepuk-nepuk bahu sahabatnya itu, kepadanya Nabi SAW berkata, ''Tidak, Abu Dzar, engkau orang lemah. Ketahuilah, jawatan itu amanah. Ia kelak di hari kiamat merupakan kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi orang yang mendapatkannya dengan benar dan melaksanakan tugas dan kewajibannya dengan benar pula.'' (HR Bukhari).
RENUNGILAH
Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada.
Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...
Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...
Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka
JUARA RAKYAT WANGSA MAJU
JUARA RAKYAT WANGSA MAJU
JUARA RAKYAT WANGSA MAJU
ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA
Selamat Datang ke blog saya. Terima kasih kerana sudi melayarinya. Blog ini bertujuan untuk berkomunikasi dengan kawan-kawan dan berinteraksi dengan masyarakat.
TERIMA KASIH KEPADA GIANT
Giant memberikan sumbangan berjumlah RM40 000 untuk pelajar-pelajar sekolah dalam program JOM KE SEKOLAH
TERIMA KASIH KEPADA TABUNG HAJI W.P
Tabung Haji WP memberikan sumbangan RM5 000 untuk pelajar-pelajar sekolah dalam program JOM KE SEKOLAH
UMNO Bahagian Wangsa Maju akan menganjurkan PROGRAM BULAN AGENSI KERAJAAN JUARA RAKYAT. Program ini adalah siri ketiga dalam PROGRAM JUARA RAKYAT anjuran UMNO Bahagian Wangsa Maju.
Sehubungan itu saya menjemput seluruh warga wangsa untuk datanglah beramai-ramai untuk menjayakan program. Program ini merangkumi acara-acara berikut:
27 Mac 2010 (Sabtu)
8.00 pagi - 6.oo ptg - SUKAN RAKYAT / PERADUAN MEWARNA DIGITAL
12.00 tgh. - 6.oo ptg - PAMERAN AGENSI KERAJAAN
9.00 mlm. - Ceramah Agama oleh YBhg. Dato Noh Gadut, Penasihat Agama Negeri Johor
28 Mac 2010 (Ahad)
8.00 pg - Pameran bermula / cabutan bertuah / Pertandingan Gubahan & Pertandingan Memasak.
10.00 pg - Perasmian oleh YB Dato Sri Ismail Sabri, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Pelbagai agensi kerajaan akan membuka booth perkhidmatan antaranya pemeriksaan kesihatan oleh Jabatan Kesihatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPRM), Tabung Haji, PTPTN, ADK, Rakan Cop, RELA, TEKUN, MAIS/BALTULMAL WP/JAWI, JKM, Jabatan Bomba, MOSTI, Kementerian Sumber Manusia dan banyak lagi.
Pendedahan Zahrain Mohamed Hashim Ahli Parlimen Bayan Baru tentang 'grand design' Anwar Ibrahim untuk menawan Putrajaya sebenarnya mendedahkan lebih dalam dari itu. Apa yang saya maksudkan ialah ia mendedahkan personaliti Anwar yang sebenar. Anwar Ibrahim adalah satu insan yang mempunyai dual personaliti.
Di satu sudut ia dianggap sebagai pemimpin tersohor pakatan pembangkang yang merupakan 'prime minister in waiting' di tunggu-tunggukan oleh penyokongnya manakala di satu sudut ia dipotraykan sebagai seorang individu yang pandai bersandiwara. Sandiwaranya telah membuatkan banyak orang terbuai dan kagum dengannya.
Hakikatnya sandiwara Anwar tidak bertahan lama. Satu persatu orang-orang yang rapat dengannya telah mendedahkan Anwar yang sebenarnya. Mereka telah bosan dengan sandiwara Anwar yang kian lama dan kian semakin bercelaru. Kini satu Malaysia sudah dengar siapa Anwar yang sebenar. Saya percaya apa yang didedahkan oleh YB Zahrain di Parlimen baru-baru ini hanya merupakan mukadimmahnya. Banyak lagi yang akan didedahkan selepas ini dan gelombang ini akan berterusan dan pendedahan demi pendedahan dari kalangan bekas pemimpin-pemimpin PKR akan dapat disaksikan.Tunggulah!
Pada 7 Mac 2010 (Ahad) majlis di atas telah di adakan. Program kali ini menumpu kepada membantu golongan yang kurang bernasib baik.
YB Dato Shaziman Abu Mansor, Menteri Kerja Raya telah dijemput untuk menyerikan majlis tersebut. Beliau telah berbesar hati menyampaikan ucapan dan sekaligus menyampai sumbangan kepada NGO dan individu yang berkenaan.
Program ini bermula dengan Konvoi motosikal di Kg. Seg. Merali, Jalan Gombak pada pukul 9.00 pagi yang dirasmikan oleh saya sendiri. Konvoi ini kemudiannya bertolak ke Dewan UMNO Cawangan Kg. Wira Jaya, Dewan UMNO Cawangan Blok CD dan konvoi berakhir di Asrama Anak-Anak Yatim Nur Iman AQ, Jalan Bakubang, Taman Setapak. Di sini jugalah majlis penutup di adakan dengan diserikan dengan kehadiran Dato Shaziman pada waktu petangnya.
Sepanjang program saya lihat sambutan yang meriah diberikan oleh penduduk setempat. Anak-anak muda pula ghairah menyertai konvoi. Matlamat utama program iaitu membela mereka yang kurang bernasib baik menerusi pelbagai penglibatan NGO jelas terselah. Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bekerja keras dalam menjayakan program sehari suntuk ini.
Malam tadi saya menghadiri MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI MASJID SALAHUDDIN AL-AYYUBI, TAMAN MELATI anjuran masjid itu sendiri. Majlis tersebut diserikan dengan forum hal ehwal Islam dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari khairiah masjid.
Saya mengucapkan terima kasih kepada Dato Abd. Rahim Hamid, Pengerusi Masjid dan seluruh AJKnya kerana menjemput saya. Saya difahamkan pada sebelah paginya telah diadakan perarakan, pertandingan gubahan bunga telor dan persembahan nasyid. Saya dapat gambarkan betapa meriahnya acara di sebelah pagi. Acara-acara ini semamangnya sesuai khususnya untuk menarik penglibatan masyarakat dalam mengimarahkan masjid. Syabas kepada Jawatankuasa Masjid!
Pagi tadi saya merasmikan KEJOHANAN TERTUTUP BOLING PIALA KETUA UMNO BAHAGIAN WANGSA MAJU 2010 ANJURAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO BHG. WANGSA MAJU SEMPENA SAMBUTAN HARI WILAYAH PERSEKUTUAN. Kejohanan di adakan di Wangsa Bowl, Wangsa Walk Mall.
Saya lihat kejohanan tersebut amat meriah lebih-lebih lagi apabila melihat kalangan pro diselang selikan dengan kalangan amatur apabila melontar bola boling. Banyak kali juga bola asyik masuk longkang, namun yang penting adalah semangat silatulrahim yang dapat diperkukuhkan melalui kejohanan ini.
Saya ucapkan terima kasih kepada Pemuda UMNO Bhg. Wangsa Maju kerana menjemput saya khususnya Sdra. Azhar Mustapha yang merupakan Pengerusi kejohanan yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian. Syabas Pemuda!
Pagi tadi saya nerasmikan SUKAN TAHUNAN SK WANGSA MAJU 2010. Saya ucapkan terima kasih kepada Sdra. Musa bin Othman, YDP PIBG kerana menjemput saya untuk merasmikan sukan tersebut.
Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada PIBG, Guru Besar, guru-guru dan pastinya pelajar-pelajar SK Wangsa Jaya yang telah menjayakan kejohanan sukan tersebut dengan penuh meriah dan saya pasti banyak bakat-bakat sukan yang dapat dilahirkan.
Saya adalah Setiausaha Politik kepada YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Razak, Menteri Kewangan. Memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan.