ASAL USUL NAMA SIBU

12 Mei 2010, Sibu, Sarawak.

  • Sepanjang berkempen, saya berkesempatan mengenali Sibu secara lebih dekat. Dari sudut politk sememangnya telah saya selongkar dari segala aspek tetapi saya ingin juga berkongsi maklumat mengenai Sibu yang saya kenal dalam masa sesingkat ini
  • Sibu merupakan salah satu bandar dan bahagian di Sarawak. Ia terletak di pertemuan Sungai Rajang dengan Sungai Igan, kira-kira 60km dari laut. Kebanyakan penduduknya berbangsa Cina Foo Chow dan Iban dari batang Rajang.
  • Terdapat juga penduduk Bumiputra lain seperti kaum Melanau dan Melayu. Daya tarikan Sibu ialah keramahan penduduk di sini. Sibu mendapat nama daripada buah rambutan liar yang dikenali sebagai "Sibau" dalam bahasa Iban oleh penduduk tempatan.
  • Sejarah moden Sibu bermula pada pertengahan abad ke 19 apabila Lembah Rejang ini dijadikan Bahagian ketiga, Sarawak pada tahun 1861. Sibu pada mulanya menerima kedatangan imigran Cina yang dibawa oleh Rajah Kedua untuk menanam padi.
  • Walau bagaimanapun, penanaman padi tidak sesuai untuk Lembah Rejang dan ditukar kepada penanaman getah dan lada. Dari segi pentadbiran, Bahagian Sibu telah dibahagikan kepada 3 daerah iaitu Daerah Sibu, Daerah Kanowit dan Daerah Selangau.
  • Sibu sebenarnya tidaklah seperti apa yang saya sangkakan sebelum saya ke sini. Ia lebih maju dari apa yang saya bayangkan selama ini. Mungkin kerana sejak beberapa penggal yang lalu di bawah BN telah menyumbang kepada kemajuan Sibu yang kita lihat hari ini.