skip to main |
skip to sidebar
DIARI MASYARAKAT: SAMBUTAN MAULIDUR RASUL MASJID SALAHUDDIN AL-AYYUBI, TAMAN MELATI
- WANGSA MAJU, 6 MAC 2010 (SABTU)
- Malam tadi saya menghadiri MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI MASJID SALAHUDDIN AL-AYYUBI, TAMAN MELATI anjuran masjid itu sendiri. Majlis tersebut diserikan dengan forum hal ehwal Islam dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari khairiah masjid.
- Saya mengucapkan terima kasih kepada Dato Abd. Rahim Hamid, Pengerusi Masjid dan seluruh AJKnya kerana menjemput saya. Saya difahamkan pada sebelah paginya telah diadakan perarakan, pertandingan gubahan bunga telor dan persembahan nasyid. Saya dapat gambarkan betapa meriahnya acara di sebelah pagi. Acara-acara ini semamangnya sesuai khususnya untuk menarik penglibatan masyarakat dalam mengimarahkan masjid. Syabas kepada Jawatankuasa Masjid!